Soalan Cepu EMAS
Harga emas terus naik tiap tiap hari…………… apa tindakan anda ?
A Tunggu Dulu, Baru Beli
B Beli Dulu, Baru Tunggu
Anda boleh memilih jawapan A atau B. Jawapan itu adalah hak mutlak anda. Tak siapapun didunia ini boleh mempertikaikan jawapan tersebut.
Sebagai seorang teman atau sahabat, saya ingin nyatakan beberapa perkara
Anda boleh memilih pilihan A sekiranya
- Ayah Mertua anda adalah seorang jutawan rangking no 7 di Malaysia.
- Anda dah memiliki emas berkoyan koyan atau lombong emas itu milik anda.
- Anda memang pasti bahawa harga emas akan turun atau jatuh merudum dalam masa terdekat.
- Anda mampu melihat dan meramal masa depan (Lebih hebat dari Nujum Pak Belalang).
- Anda memang dah terkenal atau menjadi ahli kelab “Lebai Malang”
Jika satupun yang saya sebutkan diatas tidak berkaitan dengan anda, maka anda perlu memilih jawapan B. Anda tidak punya pilihan lagi.
Emas adalah komoditi, harganya sentiasa naik dan turun. Tetapi, dalam jangkamasa panjang, harganya akan meningkat naik. Pelaburan emas adalah jenis pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang. Walaupun tempoh pelaburan adalah agak lama, namun, ia mampu untuk memberikan keuntungan kepada anda. Pelaburan emas disarankan untuk tempoh sekurang2nya 1 tahun dan ke atas.
Peratus kenaikan harga emas sekitar 20% – 30% setahun. Bayangkan jika anda memiliki emas dengan nilai RM10K hari ini. Berapa nilai emas anda tahun hadapan jika kenaikan harga emas ialah 20% ?
Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan yang tetap setiap bulan. Jika ada yang ingin menjana pendapatan, pelaburan emas bukan jawapannya… Tetapi anda harus melakukan perniagaan emas.
Sekiranya anda hendak memulakan perniagaan emas…. Hubungi saya … dinarkedah dot com 019-952 2363
Comments
Leave a Reply
Categories
Tag Cloud
916 barang kemas berita harian Bretton Woods cara beli cincin darul aman dinar Dinar Kedah dinarkedah dinar kedah darul aman Dinar Kedah Darulaman dirham duit Emas emas dinar gelang gold haji harga harga dinar harga emas harga emas dinar Kedah Kelebihan Puasa kos haji kursus labur lock logam berharga mukjizat pelaburan perak perhiasan rantai raya ribut suria sandar emas sedekah sedekah jariah siling silver simpanan wang wang kertasHijri Calendar Converter


TEMPAHAN
Untuk Tempahan:
Hj. Abd Rahman 019-952 2363Penghantaran tangan ke tangan utk kawasan Kedah & Perlis
Lain lain kawasan secara courier @ pos
Berminat nak beli EMAS?
URUSNIAGA ISNIN - JUMAAT
10.30 PG - 5.00 PTG
SELEPAS WAKTU ITU, TELEFON UNTUK TEMPAHANIkuti langkah mudah ini
1) Pilih jenis EMAS/PERAK yg anda inginkan
2) Semak harga WE SELL yg berkenaan
3) LOCK harga dgn call/ sms 019-952 2363
4) Bank-in bayaran (simpan resit):
5) INFORM SAYA BILA DAH BANK IN.
6) Saya akan bagi by hand @ pos
7) Sekarang EMAS jadi milik anda.
Rujuk Panduan Cara Membeli... utk lebih detail...Pengedar
Pengedar di perlukan di sekitar Kedah Utara dan Perlis. Komisyen boleh dirunding.
Sembang Dinar
Pengunjung
produk kami
-
Terkini…
- Pusat Tahfiz Al Amin
- 666
- USTAZ DON @ IPDA
- MAULIDUR RASUL
- Mahabbah Rasullah…
- Tahun 2013..
- Pintu Kaabah dibuka…
- Salam Maal Hijrah
- Selamat Aidiladha
- Nak lupus….
- Emas Oh Emas
- Air Terapi Mutiara
- Dah tiba ke garisan penamat
- doa harian Ramadhan
- Cahaya Tembus Dari Langit
- Akibat asap rokok
- Kisah Tamim Al-Dari dan Al-Masih Ad-Dajjal
- Tasik Galilee
- 20 sen…
- Seminar Kebangsaan Dinar Emas
- Kiblat orang Islam
- Kursus EMAS…
- Harga emas dunia dijangka meningkat
- Jualan barang kemas meningkat
- Ribut suria paksa haluan pesawat dilencong
ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
1. Orang fakir;
orang yang tidak berharta untuk memenuhi keperluan asas.
2. Orang miskin;
orang yang mempunyai harta tetapi hanya cukup memenuhi keperluan dirinya.
3. Amil;
orang yang mengurus pungutan dan pembahagian zakat.
4. Mualaf;
orang yang baru memeluk Islam (saudara baru).
5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya.
6. Orang yang berhutang.
7. Orang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T..
8. Musafir yang terkandas.Pengiraan Zakat Emas dan Perak
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM180/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM18,000
= RM450
2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM170.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM170.00)
= RM425.00
Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)
Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:
1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahnu, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.
Pengiraan zakat perak.Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50
Bulan
Dinar Kedah
Auto UpdateSilver
Pasaran Emas Malaysia (per gram)

Harga Emas dan Perak Malaysia
Kitco Spot Price
Analisa harga emas

Kira Emas Anda..
powered by math calculator at calculator.net UNIT TIMBANGAN LAMA
Emas Se Amas = 2.551 gm
Emas Se Rial =2.70 gm
Emas Se Kupang = 0.64 gm
Emas 2 Kupang = 1.28 gm(Kupang Terengganu)
Emas 6 Suku (1½ mayam) = 5.06 gm
Emas 5 Busak (½ Mayam ) = 1.69 gm
Emas 1 Mayam = 3.37 gm
-
Unit Timbangan Besar
16 tahil = 1 kati
1 kati = 600 gram
100 kati = 1 pikul
1 pikul = 60.48kgKewajipan Berzakat
Rukun Islam Keempat Zakat Emas dan Perak
1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.
(Surah At-Taubah: Ayat 34)2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85g.
Kadar zakatnya ialah 2.5%. (0.5 Dinar)
Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 595 gram.
Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.hikmat berzakat
1. Ibadat zakat yang difardukan mempunyai beberapa hikmat, misalnya:
(a) mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam;
(b) mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di kalangan orang Islam;
(c) melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni;
(d) memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial, dan pendidikan;
(e) melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk kebaikan bersama.2. Yang berikut menerangkan beberapa kepentingan zakat kepada umat Islam:
(a) memajukan masyarakat Islam dalam semua bidang seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya;
(b) membangunkan ekonomi Islam melalui projek-projek perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada umat Islam;
(c) memperkukuh ekonomi umat Islam.
(d) umat Islam dapat hidup sejahtera, aman, dan harmoni;
(e) masalah sosial seperti kemiskinan, tidak cukup makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku;
(f) syair Islam dapat ditingkatkan dengan baik dalam keseluruhan kehidupan umat Islam.3. Wang zakat yang dikutip daripada pembayaran zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam.
Contohnya:
(a) kerajaan dapat membina kilang-kilang perusahaan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam;
(b) kerajaan akan memberi pinjaman wang zakat kepada mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi orang Islam;
(c) wang zakat dapat dilaburkan dalam industri yang halal yang menjamin pulangan yang lumayan;
(d) melalui wang zakat, kerajaan dapat membantu golongan yang susah dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk meningkatkan pendapatan mereka.4. Kepentingan harta zakat dalam pembangunan masyarakat:
(a) kerajaan dapat membina berbagai-bagai kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai raya, dan lain-lain;
(b) wang zakat dapat digunakan untuk membantu pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran;
(c) membantu golongan susah supaya dapat merasai kesenangan hidup.








