
Pada 27/11/2011 telah genap setahun selepas akhbar harian Kosmo melaporkan beberapa pemimpin Israel mengadakan upacara memanggil hujan. Ia diadakan berikutan kebimbangan Yahudi di Israel terhadap paras air di yang dilihat semakin susut. Laporan itu antara lain menunjukkan beberapa orang lelaki Yahudi meniup alat muzik shofar sebelum majlis penyembahan meminta hujan yang diadakan di atas bot di tengah-tengah laut Galilee, utara Israel.
Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang diterima dari Fathimah binti Qais dalam al-Fitan menyebut :
“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”
Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”
Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Ad-Dari adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.”
“Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.”
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”
Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”
Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”
Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.”
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.
Mereka bertanya: “Siapakah anda?”
Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.”
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”
Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).
Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”
Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.”
Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”
Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.”
Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”
Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”
Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”
Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”
Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”
Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur. {3}
Perhatikan pada ayat di atas yang telah dihitamkan. Sungai Tabrah yang disebutkan itulah yang kini dikenali sebagai Tasik Galilee (juga disebut laut). Keadaan ‘paras air’ di Tasik Galilee ini telah pun disebut-sebut pada zaman Rasulullah SAW jika diperkirakan dari sudut hadith Tamim Ad-Dari ini.
Perhatikan pada ayat di bawah :
Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Jelas sekali, Dajjal telah memberitahu kepada ‘mereka’ bahawa dia (Dajjal) bimbang paras air di Sungai Tabarah (Tasik Galilee) akan kering kerana berdasarkan apa yang telah dijanjikan, Dajjal akan dibunuh oleh Isa Ibn Maryam (Nabi Isa as) yang akan turun setelah keringnya air di tasik itu.
Hendaklah diingatkan bahawa hadith Tamim ad-Dari ini sememangnya terbukti sahih apabila ia diriwayatkan oleh Imam Muslim dan beberapa orang lagi yang tinggi martabatnya dalam Islam. Penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”, Muhammad Nurani Maarif memberikan komentarnya berkenaan hadith ini dengan berkata :
Nabi (SAW) tidak hanya memiliki sifat cerdik di dalam memilih kata-kata, bahkan dia adalah seorang yang benar di dalam setiap tutur katanya. Dia membenarkan buah butir perkataan Tamim ad-Dari. Baginda seorang yang amanah dan tidak berselindung atau meninggalkan kata-kata tersembunyi. Baginda berusaha menjelaskan keadaan Dajjal yang dilihat oleh Tamim ad-Dari itu agar ia difahami dengan jelas dan terang.
Saya membaca dan meneliti hadith perihal Dajjal ini (hadith Tamim ad-Dari) secara berulang kali, bahkan melihat riwayat-riwayat yang lain untuk mendapatkan kepastian apakah benar Nabi SAW sekadar menyatakan sesuatu tetapi pada hakikatnya mempunyai makna yang berlainan. JELAS IA TIDAK BERLAKU DEMIKIAN.
Tamim ad-Dari menyebut: :… akulah Jasassah. Tak usahlag kamu bertanya lagi dan hendaklah kamu pergi menemui SEORANG LELAKI yang ada di tempat pertapaan (biara) kerana ia sangat mahu mendengar berita dari kamu. {4}
Jika Dajjal yang dimaksudkan itu adalah segolongan manusia, kenapa pada ketika itu Nabi Muhammad SAW tidak memotong kata-kata Tamim ad-Dari atau mengubahnya atau menghuraikannya semula dihadapan para sahabat yang khusyuk mendengar buah kata baginda? Adalah sesuatu yang pelik apabila Nabi (SAW) tidak bertangguh memanggil para sahabat yang jauh mahupun dekat untuk mendengar berita ini tetapi hanya diam dan bertangguh untuk membetulkan kesalahan fakta dan huraian tamim ad-Dari (jika ada). Bahkan Nabi SAW meng-ia-kan apa yang ditemui oleh Tamim ad-Dari adalah Dajjal.
….Oleh kerana Nabi (SAW) bersifat amanahlah maka baginda menyampaikan berita yang didengarinya tanpa menokok tambah dan baginda menggunakan laras bahasa yang mudah , terang dan jelas…{5}
Apa yang boleh kita fahami daripada komentar Muhammad Nurani Maarif di atas adalah mengenai logik dan sahih-nya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Fathimah bin Qais ini.Tidak mampu untuk kita selaku umat akhir zaman cuba menafikan kebenaran, dari petunjuk Nabi SAW ini hanya kerana kita takut menghadapi kemusnahan.
Tasik Galilee kini sedang mengering dengan pantas. Sekiranya diperhitungkan keseluruhan fakta-fakta saintifik yang diperolehi, diperkirakan dengan petunjuk-petunjuk Nabi SAW menerusi hadith-hadith baginda, kita akan dapati bahawa semuanya akan lengkap dalam tempoh 40 tahun saja lagi.

Tersebut kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tepat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang… baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam tersebut bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup,” hati kecilnya berkata-kata.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen”, kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut. “Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya,” pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur.”
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.” Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!”
Ps/jgn la gadai iman kita dgn seberapa besar pun nilai wang.. kerna iman tak boleh di jual beli…
en sepi sumber Admin amRF

Seminar Kebangsaan Dinar Emas 2012 yang bakal diadakan ini adalah satu batu loncatan bagi meluaskan lagi pengetahuan serta ilmu mengenai peluang menceburkan diri dalam bidang perniagaan Dinar Emas.
…Milenia Muslim merupakan majalah pilihan bagi pembaca yang inginkan kelainan dalam penyampaian dakwah melalui media cetak di mana ianya menjadi bahan rujukan dan bacaan bagi golongan seperti ahli profesional, pengurus, eksekutif dan ahli-ahli perniagaan yang mahu mengamalkan konsep Islam dalam bidang yang diceburi. Milenia Muslim juga telah memenangi Anugerah Kewartawanan Malaysia MPI – Petronas untuk dua tahun berturut-turut pada tahun 2008 – 2010.

…MMP Commmunicatons Sdn Bhd, merupakan anak syarikat kepada Imagnia Holdings Sdn Bhd, telah berkecimpung dalam penerbitan majalah sejak tahun 2002. Sehingga kini ia telah menerbitkan 3 buah majalah iaitu; Milenia Muslim, Aniqah dan Kunang2. Majalah-majalah ini diterbitkan bebas daripada pengaruh politik, ianya mudah dibaca, tepat, menarik dan unik serta menjadi sumber maklumat alternatif untuk para pembaca.
PENAJA UTAMA
Sila kemukakan borang penyertaan ini sebelum atau pada 20 April 2012 kepada:
Bahagian Pendaftaran, Seminar kebangsaan Dinar Emas 2012, 68-B, Jalan Kampong Attap,50460 Kuala Lumpur
Sebarang pertanyaan: Sila hubungi: Cik Hazwani / Natasya – 03 2273 5421
Email: conference@mmpcommunications.com
Borang Pendaftaran juga boleh diisi secara “online” di http://www.mileniamuslim.com/dinaremas.html
Pendaftaran secara online boleh dibuat jika peserta telah membuat pembayaran kepada MMP Communication Sdn. Bhd. No Akaun 398 304 77 19 Public Bank.
Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.
Cara tunaikan tawaf di Kaabah,Mekah
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
sumber: facebook
Taklimat mengenai EMAS Percuma untuk anda.
Taklimat mengenai rahsia kekayaan Emas melalui pelaburan, simpanan dan keusahawanan akan diadakan di Seri malaysia, Alor Star pada jam 2.30 petang pada 24/3/2012. PERCUMA. Datanglah beramai ramai….
Seorang penjual di sebuah kedai emas di Tokyo menunjukkan kepingan emas yang menyaksikan harganya semakin meningkat di pasaran dunia. – AFP
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.
Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.
Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.
Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.
Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.
Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.
Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.
Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.
Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.
Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.
Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.
2012/02/02
KETIDAKTENTUAN ekonomi dunia tidak menjejaskan pasaran barangan kemas di negara ini susulan minat berterusan rakyat Malaysia membeli barangan emas sebagai pelaburan selain sebagai kegunaan perhiasan diri.
Pengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Meer Sadik Habib berkata, pasaran barangan kemas keluaran syarikatnya terus meningkat walau pun harga emas global semakin melonjak tinggi.
Malah, jelas beliau, kenaikan harga emas di pasaran dunia itu sebenarnya turut meyakinkan pembeli untuk membuat pelaburan emas termasuk membeli barangan kemas.
“Pembeli tidak hanya membeli barangan kemas sebagai perhiasan diri, malah mereka juga membelinya bagi tujuan pelaburan ekoran kenaikan harga emas yang begitu ketara sekarang,” katanya kepada media, selepas merasmikan Galeri Warisan Jawi Peranakan di Georgetown, Pulau Pinang.
Sedutan dari http://www.bharian.com.my
Komen saya…..
Jom pakat beli emas sekarang. Beli semasa harga murah…
KOMBINASI gambar NASA menunjukkan perkembangan sinaran cahaya luar biasa pada matahari dilaporkan boleh mengganggu sistem komunikasi pesawat dan satelit.
KOMBINASI gambar NASA menunjukkan perkembangan sinaran cahaya luar biasa pada matahari dilaporkan boleh mengganggu sistem komunikasi pesawat dan satelit.
Foto
DELTA Air Lines kelmarin melencongkan laluan penerbangan beberapa pesawatnya di antara bandar Detroit dan destinasi di Asia elak ribut suria.
DETROIT: Syarikat penerbangan Delta Air Lines kelmarin melencongkan laluan penerbangan beberapa pesawatnya di antara bandar Detroit dan destinasi di Asia untuk mengelak sistem komunikasi pesawatnya terganggu disebabkan ribut suria yang turut mengandungi unsur radiasi.
Ribut itu dianggap terkuat sejak enam tahun lalu dilaporkan menyebabkan gangguan kecil kepada beberapa pesawat firma penerbangan Amerika Syarikat.
Justeru, Delta membuat keputusan mengubah laluan beberapa penerbangan dan perubahan itu menambah 15 minit masa ketibaan pesawat.
“Kami berdepan beberapa ribut suria di langit yang memberi impak kepada negara di hemisfera utara. Ia boleh memberi kesan kepada kemampuan komunikasi.
“Secara asasnya laluan pesawat ke arah kutub dilencongkan lebih ke selatan berbanding biasa,” kata jurucakap syarikat, Anthony Black.
Jurucakap syarikat penerbangan United Airlines, Mike Trevino, pula berkata syarikat itu melencongkan laluan satu pesawat Isnin lalu kerana ribut itu.
American Airlines melaporkan, setakat ini ribut itu tidak memberi impak kepada operasinya tetapi mereka terus mengawasi perkembangan atmosfera, kata jurucakapnya, Ed Martelle.
sumber : Berita Harian
Selain daripada suara aneh di langit yang menjadi fenomena global ketika ini, kita juga tidak harus lupa tentang fenomena Ribut Solar/Suria (Solar Storms) yang juga telah melanda bumi.
Ribut Solar merupakan satu fenomena geofizik melibatkan ganguan medan magnet bumi secara besar-besaran. Terdapat beberapa istilah lain digunakan bagi menjelaskan fenomena ini termasuklah, suar solar (solar flare), ribut geomagnet (geomagnetic storm) dan Pelepasan besar-besaran korona (coronal mass ejection – CME)
Suar solar (Solar flare): Ditafsirkan sebagai proses pelepasan tenaga yang besar sehingga 6×1025 joules tenaga (kira-kira 6 daripada jumlah output tenaga Matahari setiap saat). Semasa ia berlaku cahaya terang dapat diperhatikan di atas permukaan Matahari atau bahagian solar. Suar solar ini melepaskan awan elektron, ion, dan atom melalui korona ke angkasa lepas. Awan ini biasanya mencapai Bumi satu atau dua hari selepas peristiwa itu. (Istilah suar juga digunakan untuk merujuk kepada fenomena yang sama di dalam bintang-bintang yang lain)
Ribut Geomagnet (A geomagnetic storm): Merupakan gangguan sementara magnetosfera Bumi disebabkan oleh gangguan dalam medium antara planet. Ribut geomagnet adalah disebabkan oleh kejutan gelombang angin solar atau awan medan magnet yang berinteraksi dengan medan magnet Bumi. Peningkatan tekanan angin suria pada mulanya memampatkan magnetosfera dan medan magnet angin solar akan berinteraksi dengan medan magnet Bumi dan memindahkan amaun yang meningkat tenaga ke dalam magnetosfera.
Pelepasan besar-besaran korona (A coronal mass ejection – CME): Proses pemecahan dan pelepasan secara besar-besaran angin solar, plasma isotop cahaya lain dan medan magnet korona ke dalam angkasa lepas. Pelepasan jisim korona sering dikaitkan dengan lain-lain bentuk aktiviti solar. Kebanyakan pelepasan berasal dari kawasan aktif di permukaan Matahari, seperti kumpulan-kumpulan tompok matahari di mana terdapat suar yang kerap terhasil.
Laporan berita menyebut bahawa ribut solar terbesar dalam tempoh 6 tahun telah berlaku pada hari Selasa, 24 Januari 2012. Kesan daripada ribut solar tersebut telah menghasilkan cahaya menakjubkan di langit Hemisfera Utara dinyalakan langit di atas Scotland, Kanada dan Norway. Pengarah seksyen Aurora Persatuan Astronomi British berkata, cahaya menakjubkan yang juga dikenali sebagai aurora ini boleh dilihat untuk beberapa hari lagi.
Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan semasa kajadian ribut solar berlaku.
Terdapat juga maklumat berita mengatakan ribut solat terbesar akan berlaku sekali lagi pada 29 Januari 2012, 11 pm EST. ribut boleh mencapai satu tahap yang boleh menyebabkan paparan cahaya semulajadi boleh dilihat lebih jauh ke selatan, iaitu sehingga Idaho dan New York, bahkan di Illinois dan Oregon, di Amerika Syarikat Amerika Syarikat. Fenomena ini akan menyebabkan bumi bakal dilanda suar solar sebanyak tiga kali dan mendatangkan tiga kesan yang berbeza, iaitu pelepasan sinaran elektromagnet, diikuti oleh radiasi dalam bentuk proton dan terakhir pelepasan korona (plasma dari matahari) secara besar-besaran.
Kesan yang diterima bumi hasil daripada ribut solar ini termasuklah, gangguan grid elektrik, medan magnet bumi terganggu, berlaku gangguan biologi bagi sesetengah hidupan, gangguan penghantaran/transmisi radio serta memberi kesan kepada aktiviti geologi. Berkemungkinan juga bunyi/suara aneh di langit yang kedengaran di beberapa tempat di dunia ada kaitan dengan ribut solar yang sedang berlaku sekarang ini. Apapun, ini hanyalah satu lagi pandangan.
Saksikan video cahaya menakjubkan itu yang sempat dirakamkan lensa kamera.
Sumber: http://kulanzsalleh.com

Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta’ala.
Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud? Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.
Teruskan membaca :

Nama Allah pada 5 Jari Tangan
Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab..

Bilangan Nama-nama Allah Pada Tapak Tangan
Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99.
Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik).
Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Saluran Udara Pada Paru-paru Membentuk Kalimah Tauhid
Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah ‘La ilaha illallah’ (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.

Perbuatan-perbuatan Dalam Solat Adalah Simbol Bagi Nama Nabi
Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku’ melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.
ا حمد = ا + ح + م + د = Ahmad
Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.
Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu ‘Yang Terpuji’.
“Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: “Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)” …… ” (Surah As-Shaaf : Ayat 6)


Otak Manusia Dalam Keadaan Seperti Orang Sujud Dalam Solat
Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.
Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” (Surah Fusshilat : Ayat 53).


Nama Allah Ketika Angkat Jari Telunjuk Pada Duduk Tasyahhud Dalam Solat
Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa. Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.
“Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.” (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)
sumber: www.ohsyok.com
Categories
Tag Cloud
barang kemas beli emas berita harian Bretton Woods cara beli cincin darul aman dinar dinarkedah Dinar Kedah Dinar Kedah Darulaman dinar kedah darul aman dirham duit Emas emas dinar gelang gold haji harga harga dinar harga emas harga emas dinar Kedah Kelebihan Puasa kos haji kursus labur lock logam berharga mukjizat pelaburan perak perhiasan rantai raya ribut suria sandar emas sedekah sedekah jariah siling silver simpanan wang wang kertas-

TEMPAHAN
Untuk Tempahan:
Hj. Abd Rahman 019-952 2363Penghantaran tangan ke tangan utk kawasan Kedah & Perlis
Lain lain kawasan secara courier @ pos
Berminat nak beli EMAS?
URUSNIAGA ISNIN - JUMAAT
10.30 PG - 5.00 PTG
SELEPAS WAKTU ITU, TELEFON UNTUK TEMPAHANIkuti langkah mudah ini
1) Pilih jenis EMAS/PERAK yg anda inginkan
2) Semak harga WE SELL yg berkenaan
3) LOCK harga dgn call/ sms 019-952 2363
4) Bank-in bayaran (simpan resit):
5) INFORM SAYA BILA DAH BANK IN.
6) Saya akan bagi by hand @ pos
7) Sekarang EMAS jadi milik anda.
Rujuk Panduan Cara Membeli... utk lebih detail...Pengedar
Pengedar di perlukan di sekitar Kedah Utara dan Perlis. Komisyen boleh dirunding.
Sembang Dinar
Pengunjung
produk kami
-
Terkini…
- Tasik Galilee
- 20 sen…
- Seminar Kebangsaan Dinar Emas
- Kiblat orang Islam
- Kursus EMAS…
- Harga emas dunia dijangka meningkat
- Jualan barang kemas meningkat
- Ribut suria paksa haluan pesawat dilencong
- Ribut Solar Terbesar
- Kebesaran Allah Di Sebalik Tubuh Manusia
- Batu Hablur Emas di Johor
- ASB dapat 8.75 sen
- Tarikh Gaji Tahun 2012
- Orang Terkaya Di dunia 2011
- Yang di-Pertuan Agong ke-14
- Menjunam Giler!!
- Chavez bawa emas…
- Kursus Emas….
- Kursus Emas…
- Kursus Ketukangan Emas & Perak
- Ibadat korban
- Mukjizat Al Quran II
- Keajaiban Arah Lawan Jam
- Haji : Part 2
- Haji : part 1
ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
1. Orang fakir;
orang yang tidak berharta untuk memenuhi keperluan asas.
2. Orang miskin;
orang yang mempunyai harta tetapi hanya cukup memenuhi keperluan dirinya.
3. Amil;
orang yang mengurus pungutan dan pembahagian zakat.
4. Mualaf;
orang yang baru memeluk Islam (saudara baru).
5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya.
6. Orang yang berhutang.
7. Orang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T..
8. Musafir yang terkandas.Pengiraan Zakat Emas dan Perak
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM180/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM18,000
= RM450
2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM170.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM170.00)
= RM425.00
Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)
Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:
1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahnu, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.
Pengiraan zakat perak.Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50
-
Dinar Kedah
Last Update : 18 Mei 2012, 5:45 pmSilver
Pasaran Emas Malaysia (per gram)

Harga Emas dan Perak Malaysia
Kitco Spot Price
Analisa harga emas

Kira Emas Anda..
powered by math calculator at calculator.net UNIT TIMBANGAN LAMA
Emas Se Amas = 2.551 gm
Emas Se Rial =2.70 gm
Emas Se Kupang = 0.64 gm
Emas 2 Kupang = 1.28 gm(Kupang Terengganu)
Emas 6 Suku (1½ mayam) = 5.06 gm
Emas 5 Busak (½ Mayam ) = 1.69 gm
Emas 1 Mayam = 3.37 gm
-
Unit Timbangan Besar
16 tahil = 1 kati
1 kati = 600 gram
100 kati = 1 pikul
1 pikul = 60.48kgKewajipan Berzakat
Rukun Islam Keempat Zakat Emas dan Perak
1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.
(Surah At-Taubah: Ayat 34)2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85g.
Kadar zakatnya ialah 2.5%. (0.5 Dinar)
Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 595 gram.
Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.hikmat berzakat
1. Ibadat zakat yang difardukan mempunyai beberapa hikmat, misalnya:
(a) mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam;
(b) mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di kalangan orang Islam;
(c) melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni;
(d) memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial, dan pendidikan;
(e) melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk kebaikan bersama.2. Yang berikut menerangkan beberapa kepentingan zakat kepada umat Islam:
(a) memajukan masyarakat Islam dalam semua bidang seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya;
(b) membangunkan ekonomi Islam melalui projek-projek perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada umat Islam;
(c) memperkukuh ekonomi umat Islam.
(d) umat Islam dapat hidup sejahtera, aman, dan harmoni;
(e) masalah sosial seperti kemiskinan, tidak cukup makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku;
(f) syair Islam dapat ditingkatkan dengan baik dalam keseluruhan kehidupan umat Islam.3. Wang zakat yang dikutip daripada pembayaran zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam.
Contohnya:
(a) kerajaan dapat membina kilang-kilang perusahaan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam;
(b) kerajaan akan memberi pinjaman wang zakat kepada mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi orang Islam;
(c) wang zakat dapat dilaburkan dalam industri yang halal yang menjamin pulangan yang lumayan;
(d) melalui wang zakat, kerajaan dapat membantu golongan yang susah dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk meningkatkan pendapatan mereka.4. Kepentingan harta zakat dalam pembangunan masyarakat:
(a) kerajaan dapat membina berbagai-bagai kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai raya, dan lain-lain;
(b) wang zakat dapat digunakan untuk membantu pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran;
(c) membantu golongan susah supaya dapat merasai kesenangan hidup.












